Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-|
1/02/2011 11:49:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Waaaaa.....hari ni hari terakhir aku nak tinggal kat rumah Mak Ndak aku kat Gombak ni. Kalau dua tiga hari lepas dah mula rasa sedih nak tinggalkan rumah ni, apa tah lagi hari ni kan. Cam nak emo ja aku hari ni...haih~ sabar-sabar wahai hati.

Hari ni kak Na kerja, so jumpa dia pagi ja sebelum dia pergi kerja.  Hari ni sebelum balik pun aku sempat lagi pergi Giant dengan kak Dilah. Nak beli barang keperluan sikit. Balik tu singgah Secret Recipe jap sebab aku memang dah teringin tahap mengidam dah nak makan kek Secret Recipe. Uh, tapi satu la..kecewa sikit dengan servis krew Secret Recipe kat sini....sangat slow ok! Mungkin diorg tak cukup staf, tapi tu bukan alasan kan? aku & kak Dilah kena tunggu lebih 20 minit baru diorg nak datang ambil order! aci tak? Nasib baik memang teringin, kalau tak memang dah blah lama dah! 

Aku beli kek Pecan Butterscotch, memang teringin yang ni pun. Kak Dilah lak beli kek Tiramisu. Air Cappucino ktorg kongsi sebab dah kenyang. =)


hepy besday kak Dilah for 3rd Jan!!

muka nampak hepy ja, tapi dalam hati sedih ja masa ni



Balik rumah dari Giant tu dah masa lunch. Rehat-rehat jap, pastu makan dan siap2 dah nak balik. Nasib baik barang dah packing sikit2.  Macam biasa la, nak balik ni bro Wafi yang hantarkan. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak aku ikut sekali sebab mula-mula nak hantar kazen aku yang sorang lagi, si Izzat tu balik Intec Shah Alam. Dia pun dah habis cuti. Lepas hantar Izzat baru hantar aku balik KD. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak dapat la jumpa keluarga kak Biah.

Part nak tinggal aku ni la yang paling sedih. Serius aku mengaku cam syahdu gila! Dua tiga kali jugak Mak Ndak asyik sebut lepas ni dah tak dapat tengok aku main-main laptop sambil buat kerja kat ruang tamu rumah dia yang jadi tempat semua lepak dan tak dapat panggil aku makan dah...huhu~ Terasa dah aku masa ni. Nasib tak keluar air mata ja. Pastu masa salam pulak, aku cakap la terima kasih, siap mintak maaf lagi kalau ada salah silap kan. Mak Ndak aku pulak balas kata aku cakap camtu macam taknak datang dah. Bukan tu maksud aku pun. Aku memang nak sangat duduk sana berbanding KD ni, tapi aku cam segan dah nak mintak tolong diorg ambil dan hantarkan. Macam menyusahkan pulak. Kalau aku ada transport sendiri, senang la jugak kan. 

Dah la masa tu lak aku tengah runsing dan huru-hara fikir pasal benda lain sampai nak merajuk pun ada. Lagi la emo aku jawabnya. Nasib aku bole senyum lagi pada hal hati dah memberontak dah...haih~ Memang aku terasa & touching la nak kena tinggal ni. 9 hari kot aku duduk rumah Mak Ndak aku. Aku ni dah la banyak cakap kan, so memang best la bila diorg melayan. Aku memang manja dengan diorg terutamanya dengan Mak Ndak & kak Na. Pak Ndak pun sporting ja layan aku siap usik2 lagi..hehe~ macam comel la. Aku pulak antara yang termuda kat rumah tu. Aku & Izzat pun lebih kurang sebaya. So sah2 la dapat feeling jadi adik jugak. Aku rasa Mak Ndak macam mak aku yang kedua. Aku siap menuntut ilmu masakan, tu yang sampai jadi lontong tu...hehe~ mana la tak sedih kan...dah macam keluarga sendiri. Diorg lak ramai, kalau gurau2 memang meriah. Aku jarang dapat rasa meriah-meriah camtu sebab family aku kecik ja...huuu~ Sayang diorg semua. Aku kalau dah mula sayang orang memang macam ni la.  T_T

Gila panjang aku tulis ni, emo punya pasal. Esok akan mula kerja balik kat VADS..huhu~ ^_^


Aku, 2 Jan
Chaiyok kepada diri sendiri. Selamat beusaha eVy Dyana.






 
p/s: aw, me merajuk + protes.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong
 
 
 
 
This entry was posted on 1/02/2011 11:49:00 PM and is filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On January 4, 2011 at 11:46 PM , bee said...

cantik gmba hijau ni..like~.hehe

 
On January 5, 2011 at 9:04 AM , eVy-D-YaNa said...

bee,
cantek ek? thanks dear! mwahx3~

biasa la, kalo dyana dgn hjau rsa energetic smcm ja..hehe~ ;D

 
Related Posts with Thumbnails