Ekspidisi Gua Tempurung
1/31/2011 01:17:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Final year..oo..final year. Selain sibuk memikirkan pasal Final Year Project (FYP) yang tak siap-siap lagi tu, ktorg sibuk jugak fikir aktiviti yang nak dibuat bersama-sama sepanjang sem terakhir ni. So, aktiviti pertama ktorg untuk sem ni ialah aktiviti outdoor. Project Manager kali ni ialah Ateh.  

Target  ktorg sem ni kalau bole nak habis pusing kawasan-kawasan menarik kat Perak ni. Untuk aktiviti yang pertama ni ktorg semua setuju nak pergi caving kat Gua Tempurung. Gua Tempurung ni terletak kat kawasan Gopeng, Perak. Herm..aku pun baru tau sebenarnya. >_<

Pagi 29 Januari lepas, ktorg semua berkumpul kat Shell berdekatan UTP dalam pukul 8 pagi lebih. Lepas setel isi minyak semua, ktorg pun gerak la. Tapi sebelum tu sempat jugak snap gambar berkeping-keping. Zaman sekarang mana bole hidup tanpa kamera kan. Harus la setiap momen nak diabadikan! Betol tak?



Nak gak selitkan lambang si Shell tu

Perjalanan ktorg nak pergi Gua Tempurung tu ada la dalam setengah jam lebih. Uh, aku tertido masa dalam perjalanan. Malam sebelum tu aku tido lewat sebab demo kan. Serius penat dan sakit badan pun tak hilang lagi. Tup-tup dah sampai Gua Tempurung tu. Macam biasa la, setiap masa nak bergambar ja kerja ktorg. Sebelum masuk tu, bergambar kenangan dulu. Siap plan lagi nak buat perbandingan gambar sebelum dan selepas caving tu. ah-ha!~


ni la ktorg semua, ada 18 orang

macam-macam gaya asal boleh

Pastu Ateh, si PM tadi pergi la beli tiket. Ktorg sepakat ambil pakej Grand Tour yang harganya RM22. Pakej paling maksimum sekali. Dah alang-alang kan. Lepas beli tiket, ktorg semua dapat stiker kaler hijau untuk dipakai masa masuk dalam gua tu. Aku & Bee ngada-ngada pegi lekatkan stiker tu atas tudung. Kononnya bajet macam pakai riben atas shawl...gila mengada kan? lantak! 

Lepas tu sesi baca doa dulu sebelum mulakan ekspidisi. Tak salah aku, Zuhair yang ketuai bacaan doa ni.

baca doa ya

Lepas dah baca doa ni, ktorg berkumpul jap depan pintu masuk, dengar briefing dulu apa yang kena buat nanti kat dalam tu. Kena bawak torchlight ok! Benda ni paling penting sekali kat dalam gua tu, terutamanya kat tempat yang memang gelap takda lampu langsung. Sangat bagus jugak untuk bawak air mineral sebotol, sebab memang penat dan akan sampai satu tahap korg akan haus yang amat. 

Ktorg nya caving tour bermula pukul 9.30 pagi, dijurupandukan oleh Pak Cik Salleh. Masa nak masuk gua tu, neves la jugak, tak tipu. Siap sempat baca ayat-ayat Quran sepotong dua mana yang patut. Mana la tau kan nampak makhluk-makhluk yang tak sepatutnya..huhu~ Owh ya, rombongan ktorg ni gabung dengan satu kumpulan aktiviti lasak dari Lumut, kumpulan remaja Cina dan pelancong dari luar negara, kira omputih la. So, kumpulan ktorg ni ada la dalam 40 orang lebih. 

Mula-mula masuk tu, oh la..ada lampu rupanya. Untuk trip yang awal ni disediakan beratus-ratus anak tangga kecik, ada kot dalam 600 lebih anak tangga masuk dalam gua tu. Kejap naik kejap turun. Singgah banyak platform. Masa lalu tangga-tangga ni semua la, ktorg ditunjukkan dengan keindahan gua batu kapur. Macam-macam bentuk yang terukir kat dinding gua tu. Eh tapi bukan buatan manusia k, secara semula jadi terbentuk sejak ribu-riban tahun dulu. Ada bentuk kuda laut, itik, kuda, kepala harimau, dinosaur, perempuan mengandung yang tengah berdiri, dan macam-macam lagi la yang tak tersebut kat sini.

Selain tu, nampak gak butiran kristal kat celah-celah batuan gua tu. Dalam gelap memang tak nampak, tapi kalau suluh dengan lampu tu, siyes bersinar. Masa tu memang siyes rasa kagum dengan ciptaan Allah. Kalau kita sendiri tak tengok, mesti tak percaya. Ciptaan Allah memang sempurna dan dalam setiap ciptaan tu memang akan membuatkan kita berfikir dan kagum akan kebesaran-Nya. =)

Ktorg ada gak lalu kat Wind Tunnel. Bila berdiri kat tempat ni, tiba-tiba bole rasa angin yang nyaman. Macam natural air-cond gitu. Memang nikmat la sebab masa tu dah mula berpeluh tak hingat sebab panjat anak tangga yang sangat banyak! Lepas Wind Tunnel tu, kat platform yang terakhir kot, ktorg semua disuruh berkumpul ramai-ramai kat satu platform ni dan matikan semua lampu suluh. Mak Aii, serius gelap gila!!! Rasa kosong! Agaknya macam ni la pandangan orang yang buta. Ktorg terpaksa bergelap dalam setengah minit. Ambil feel orang kata sebelum masuk kat gua yang betul-betul gelap!

Dalam kegelapan ni la bermulanya cabaran. Ktorg terpaksa panjat batu-batu kapur yang licin. Siap kena slide turun batu yang licin dalam 3-4 kali. Yang paling horror tu, ktorg kena slide batu kapur yang 9m panjangnya dan sangat curam. Huh, cuak-cuak..tapi semua pun lepas ja halangan tu. Sambil-sambil jalan tu, ktorg jugak diberitahu yang Gua Tempurung ni dulu tempat Komunis bersembunyi dan bermesyuarat. Memang ada batu peninggalan kesan tulisan komunis dulu-dulu. Ada jugak barang-barang tinggalan pelombong-pelombong bijih timah dulu-dulu dalam gua ni. 

Uh..haaa...lagi satu pesanan..kalau nak masuk gua ni..adalah sangat baik untuk korg pakai kasut yang tapaknya sangat baik ok. Pengalaman sendiri dan seorang lagi kawan aku, Sab, tapak kasut ktorg memang tercabut dengan teruknya masa caving tu, terutamanya lepas meredah kawasan berair. Kasut aku memang dah siap jadi artifak dah dalam gua tu, memang lekang terus tapaknya. Nasib baik Ateh ada bawak kasut Crocs spare, bole jugak ganti. Kasut Sab pun teruk jugak lekangnya, siap kena ikat dengan tali. 

selamat sampai kat salah satu exit gua ni..sumpah cantik kawasan hijau kat situ.

Eh, tapi belum habis kat situ lagi..lepas tu ktorg kena lagi panjat sana-sini dan yang paling ditunggu sekali ialah merangkak dalam kawasan air bawah batu kapur yang sangat rendah. Memang kena merangkak. Batu-batu bawah agak tajam, so kalau tak tahan merangkak bole jugak berjalan itik. Kalau orang yang tinggi memang tak dapat la. Silap-silap kena meniarap macam latihan askar tu baru bole lepas. Ada dalam 6 lorong jugak la ktorg kena merangkak tu. Memang pengalaman. Tu tak kira lagi kena simbah-simbah air dengan Pak Cik Salleh masa dalam lorong tu...haih~


Lepas lebih kurang 4 jam perjalanan sepanjang 3.8km dalam gua tu, lepas macam-macam yang dah ktorg lalu, akhirnya sampai jugak kat penghujung gua tu dalam pukul 1.30 tengah hari.
Phew....sampai jugak! Penat memang penat tapi sangat BEST! Aku yang mula-mulanya tak eksaited sangat dengan aktiviti haritu teruja la jugak lepas dah lalu. Aku memang suka jugak aktiviti lasak sebab suka nak cabar diri, tak nak jadi lembut ja. Kena ada jugak bahagian-bahagian yang lasak. Baru best hidup!

Pakcik Salleh dengan lalingnya, Fred...skendel kot!
ktorg semua lepas caving..orang utara cakap 'berlemoih' kot! ah-ha!~
hooray! ekspidisi yang berjaya!

Lepas dah siap bersihkan diri, semua pun balik dengan haluan masing-masing. Yang kereta aku pulak singgah jap lunch kat Terminal Makanan Negara (TEMAN) yang baru nak dibuka kat Simpang Pulai. Pastu balik dan rehat la. Bertambah sakit badan aku, tapi puas! ^_^

~Ateh~Sab~Dyana~Bee~Pika~Sarah~Fred~Mimi~Gee~
~Abu Mecky~Izo~Bai~Zul~Syed~Zuhair~Negi~Bob~Yo~


Sumber gambar: Sarah & Syed Akmal
Thanks~ 




This entry was posted on 1/31/2011 01:17:00 AM and is filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 butterflies:

On February 5, 2011 at 10:58 PM , نورعيم said...

best kan kalo pergi ramai². huhu.

 
On February 5, 2011 at 11:01 PM , YUL said...

peh, seronok gile seh, macam nk pergi je, tp sorang2 tak mau ler, uhuhuh

Disebalik kisah seram rumah banglo VILLA NABILA

 
On February 5, 2011 at 11:24 PM , kuyam said...

lom pnh smpai pn Gua Tempurung ni.huaaaa -.-'

 
On February 6, 2011 at 2:40 AM , eVy-D-YaNa said...

noraim
ha'ah..kena pegi ramai2 baru best!

 
On February 6, 2011 at 2:40 AM , eVy-D-YaNa said...

YUL
tu la, pegi sorg2 mmg xfeel kot...baek kumpul pegi ramai2 dgn kawan~ :)

 
On February 6, 2011 at 2:41 AM , eVy-D-YaNa said...

kuyam
rilek2....final year kamu masih pnjg..smpt lg nk plan dgn kwn2 nk g sana...jap ja, stgh hari ja pn..hehe~ :)

plan2..

 
Related Posts with Thumbnails