|  | 
| Peserta dari UiTM Jengka dan UiTM  Melaka mucul johan Putera dan Puteri pada Karnival Silat di Universiti  Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini. | 
TANJUNG MALIM 6 Jan. - Silat merupakan seni mempertahankan diri yang  menjadi wadah warisan seni bangsa di negara ini. Justeru, Persatuan Seni  Silat Cekak Malaysia (PSSCM) iaitu salah satu persatuan yang giat  mengajar seni silat ini mampu berperanan menarik penyertaan ramai  generasi muda dalam memastikan seni pusaka bangsa terpelihara.
Bagi generasi baru, terutama pelajar di universiti ia memberikan  pendedahan kepada golongan itu menguasai ilmu silat ke arah kepentingan  warisan budaya, terutama warisan bangsa Melayu yang makin dilupakan.
Ini kerana silat apabila dikembangkan di universiti di negara ini  boleh melahirkan graduan yang berkarisma dan berkebolehan dalam pelbagai  bidang.
Sehubungan itu, satu Karnival Silat Waja Diri PSSCM kali ke-4  diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini baru-baru  ini.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Datuk Seri  Mohd. Ali Rustam ketika merasmikan karnival silat itu mencadangkan  supaya seni silat cekak dijadikan salah satu kokurikulum berkredit di  semua universiti di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, Pesaka akan membincangkan cadangan berkenaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama lagi.
Melalui usaha itu, katanya, golongan mahasiswa boleh menguasai ilmu silat ke arah mengekalkan seni pusaka budaya warisan Melayu.
"Silat juga boleh melahirkan graduan yang berperwatakan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
"Seni silat ini yang sudah bertapak di UPSI mampu membentuk  keperibadian positif sebagai persediaan dalam mendidik anak bangsa,"  katanya.
Sebanyak 26 institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai karnival bertemakan '1Mahasiswa berjiwa Insaniah'.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, PSSCM sudah 45  tahun bertapak di negara ini dan ramai penuntut universiti telah  menyertainya. 
Mengenai karnival tersebut, kata beliau, menguasai ilmu persilatan  menambahkan pengetahuan, berkebolehan mengurus organisasi dan mampu  menjadi contoh kepada masyarakat.
Tambahnya, karnival ini memberi peluang kepada pesilat seluruh IPT  untuk membentuk jaringan dan bertukar pandangan bagi meningkatkan  persefahaman antara satu sama lain.
"Ia juga mewujudkan perpaduan dan semangat berpasukan. 
"Selain menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan UiTM  Jengka, Pahang muncul johan keseluruhan dengan meraih pingat emas bagi  kategori putera dan puteri pada kejohanan itu.
Pingat Perak dimenangi pasukan Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Kolej  Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya bagi  kategori putera dan puteri.
UIA Gombak dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak pula meraih pingat Gangsa pada kejohanan tersebut.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah.
utusanperak@utusan.com.my





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
4 butterflies:
RINDU nye...
rindu nk bersilat
rindu nk turun kelas
rindu nk bermajlis..
rindu nk p interaksi..
rindu pd semua ahli, specially PSSCM UTP
rindu segalanya pd PSSCM!
yeah...sama jgk~ huhu~
Harap2 usaha untuk menkokurikulumkan silat tue berjayalah...
insyaAllah~ :)