Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah!
1/01/2011 07:32:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni cuti, yeay! Cuti peristiwa atas kejayaan Malaysia buat julung-julung kalinya menjuarai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah HARIMAU MALAYA! 

Hari ni dua kazen aku, kak Na & abg Faiz tak kerja. Bole kira meriah jugak rumah. Pagi lepas bekfes, abg Faiz & Izzat dah keluar pergi beli rumput karpet buat tambahan nak hias laman rumah diorg. Balik-balik terus diorg susun dan tanam sekali.  Diorg memang rajin dan bersemangat la nak siapkan laman rumah diorg. Seronok pulak aku tengok. Tiba-tiba aku rasa macam best jugak ek kalau ada adik-beradik laki terutamanya untuk benda-benda camni la...hehe~  

masa aku datang, cuma ada tanah ja...sekarang dah cantik dengan rumput



Disebabkan Mak Ndak aku keluar hari ni, kak Na yang masak untuk makan tengah hari. Aku teman dia sembang-sembang ja. Petang lak, kak Na masak bubur pulut hitam. Sambil-sambil dia masak tu, aku sembang-sembang dengan dia, saja aku soal jawab dengan kak Na pasal life ada keluarga besar dan adik-beradik ramai. Dalam masa seminggu aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni, aku rasa best ada adik-beradik ramai. Bila gurau-gurau tu, rasa meriah gila! Bila masak pun seronok sebab ramai yang nak makan. Tu yang aku lagi semangat nak buat puding tu. Kalau kat rumah aku tak buat sangat sebab tak ramai yang nak makan. Cuma rajin buat kat U ja sebab kawan-kawan ramai nak makan..ok la.

Hari ni pulak dah 31hb kan, hari terakhir untuk tahun ni. Kat depan rumah Mak Ndak aku ni ada jejantas. Dari jejantas tu memang nampak view ke KLCC dan Dataran. Walaupun jauh, tapi tetap nampak. So, masa ambang nak dekat pukul 12 tengah malam tu, aku ikut kazen aku Izzat pergi naik jejantas tu. Memang cantik KLCC & Menara KL dengan lampu warna-warni. Lepas tunggu beberapa minit, bunga api pun mula la meletup sana sini. Yang jelas nampak tu dari KLCC, Menara KL & Dataran. Teruja ja aku tengok...hehe~ ;D

Lebih kurang macam ni la  view bunga api kat KLCC dari jejantas tu


 
 
p/s: aw, santap semeja la sangat...2. 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz! 
13.  Hari 12: Updet, updet...
 
 
This entry was posted on 1/01/2011 07:32:00 AM and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On January 2, 2011 at 12:56 AM , ~kuyam~ said...

diyana..hepy new year!
lama xsinggah sini
krm slm utp eh :D

 
On January 2, 2011 at 7:38 AM , eVy-D-YaNa said...

hehe...kuyam,

hepy new year too~ =)

kem slm? kuyam kan dh nak balik utp xlama lg...ah-ha!~ ;P

 
Related Posts with Thumbnails