Hari 7: Gombak lagi.... :)
12/27/2010 02:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 25 Dis



Ooo yeah! hari ni bermula la cuti aku yang seminggu tu. Aku dah plan awal-awal lagi nak pegi rumah Mak Ndak aku yang kat Gombak tu, habiskan sepanjang minggu aku kat sana. Sebelum ni aku dah pernah singgah jap satu malam sebelum pergi KD. Bukannya apa, kat KD aku sorang2 ja, kalau kat Gombak tu ramai siket orang sebab anak Mak Ndak aku ada 5 orang, tapi sorang ja takda kat rumah buat masa ni, yang bongsu sekali. Kalau dok Gombak ni meriah sikit sebab banyak aktiviti bole buat dan ada orang nak layan aku sembang..hee~ 

Aku pun sebenarnya baru nak rapat balik dengan keluarga Mak Ndak aku ni. Sebelum ni bertahun-tahun gak tak jumpa sebab masing-masing duduk jauh. Ni bole jadi rapat balik ni sebab diorg pindah KL dan aku pulak lepas ni kena kerap turun KL.  Sepupu aku yang 5 orang tu pun dah lama tak jumpa sampai la raya baru-baru. So, seronok sangat la dapat jumpa diorg sebab masing-masing makin besar...hehe~ 

So, hari ni awal-awal pagi lagi aku dah siap-siap. Kazen aku, bro Wafi datang ambil aku kat KD dalam pukul 11 pagi macam tu. Dalam 11.30 pagi, dah sampai rumah diorg kat Gombak. Sampai-sampai pulak, Mak Ndak aku terus ajak aku pergi kenduri rumah jiran dia lepas Zohor. Fuh, kena la ikut. Memandangkan aku tak bawak sehelai pun baju kurung datang sini, Mak Ndak kasik pinjam baju kurung dia masa dia muda-muda dulu, yang kecik siket. Ada dua pilihan, tapi aku pilih yang warna hijau sebab tadi masa datang tu kan aku pakai shawl hijau. Nasib baik matching baju dan shawl tu...jalaaaan~
 
 
 

siap-siap nak pegi kenduri

Hari pertama ni aku tak buat apa sangat pun, lepak-lepak ja. Untuk aktiviti seterusnya...next entry k~ =)



p/s: aw, serius la pulak harini. :(
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal

 
This entry was posted on 12/27/2010 02:00:00 PM and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 butterflies:

Related Posts with Thumbnails