Hari 4: Pink dan kuning
12/26/2010 10:40:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 22 Dis
Hehe...tajuk tu cuma nak describe warna pakaian aku hari ni..pink dan kuning. Takda idea plak nak bagi tajuk kali ni..hehe~ ...dan hari ni tak ambil banyak gambar. Gambar yang kat atas tu masa aku ada kat kafeteria PV.

Hari ni aku sempat bincang dengan orang yang akan monitor progress aku dan provides requirements yang diorg nak, kak Sham. Baik orangnya tapi sangat sibuk. Memang terhad masa nak jumpa dengan dia. Aku berjaya jugak bincang dengan dia system flow tu, dan kebanyakan bahagia memang dia setuju. Cuma ada dua tiga bahagian yang dia nak penjelasan aku. Lepas aku explain, dia faham..ok la.

 
Pastu perbincangan tu, aku cari lagi maklumat dan kaji pasal interface design standard & guideline. Nak design interface pun kena ikut standard dan guideline kot, mana bole hentam suka-suka hati ja. Petang ni aku berjaya siapkan interface untuk system main page. =)

Hari ni jugak aku dapat pass kebenaran keluar masuk VADS. Pass kosong ja, takda gambar atau nama pun sebab aku kan sekejap ja kat situ, tapi tak kisah la..asal ada pass. Bukannya apa, pintu kat sana kena scan card baru bole masuk. Kalau takda pass ni, asyik kena mintak tolong akak yang kat depan pintu tu ja bukakan pintu. Lama-lama mesti dia fed up kan? hehe~
 
pass VADS
 
Tu ja updet untuk entry kali ni...sambung entry seterusnya ek.... =)
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini
, |
This entry was posted on 12/26/2010 10:40:00 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 butterflies:

Related Posts with Thumbnails