aku, 21 Dis |
Hari ni, 21 Dis, hari yang paling aku tunggu-tunggu. Hari ni aku ada meeting appointment dengan contact person kat company FYP tu. Pukul 5.30 pagi aku dah bangun dah nak siap2, sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Dah siap2 semua, dalam 6.55 pagi, kak Biah hantar aku pegi company tu. Company yang aku attach ni nama dia VADS Berhad. VADS ialah anak syarikat Telekom Malaysia. VADS ni pun ada lagi pecahan-pacahannya, tapi aku terlibat untuk bahagian Business Process Outsourcing (BPO).
VADS ni terletak kat Plaza VADS (PV) kat Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Rupa-rupanya 10 minit ja dari KD. Risau aku sebelum ni fikir pasal transport nak pergi VADS. Nasib baik tempat kerja kak Biah lebih kurang ikut jalan yang sama ja, so dia offer nak tumpangkan aku. Selamat!
Aku sampai PV dalam pukul 7.10 pagi. Meeting aku tu pukul 10 pagi ok... Maka melepak la aku kat lobi PV tu, dah bosan-bosan turun kat kafeteria bawah tu, tapi masa tu pulak ramai orang, waktu sarapan kan. Aku cuma makan kuih ala kadar, pastu baca majalah Remaja, selamba! Pastu baca-baca pulak dokumen yang aku bawak tu, konon-konon macam nak revise la kan..heee~
Lepas dah tunggu dua jam lebih kat bawah tu, aku pun gitau la contact person (CP) aku tu, Pn. Rohaya atau bole jugak dipanggil Pn. Roy, yang aku dah sampai. Pastu dia suro naik. Lepas daftar kat kaunter lobi tu dapat la pas pelawat.
Pastu aku pun naik tingkat 15. Kat plaza ni pulak lif dia terbahagi 2 kategori, satu untuk tingkat 1-10 dan yang satu lagi untuk tingkat 10-23. Sampai-sampai tunggu jap Pn. Roy datang. Ni pulak kali pertama aku nak jumpa dengan Pn. Roy ni. Sebelum ni CP aku orang lain dan dia dah resign pun. Pertama kali aku jumpa Pn. Roy ni, aku rasa dia agak rock walaupun dah senior kat situ. Dia macam sempoi2 ja. Kalau tak silap aku jawatan dia kat situ ialah Assistant Section Manager (ASM), kalau tak silap la. Pn. Roy sempat lagi cakap yang aku ni sound so formal in our emails..hehe~ Harus la kan, nak deal dengan orang company, takkan nak guna bahasa cikai atau bahasa cakap biasa ja..
Ktorg meeting sekejap. Pn. Roy ada la tanya aku beberapa soalan penting pasal sistem aku nak bangunkan tu. Dia siap cakap kalau boleh dia nak secepat mungkin sebab diorg nak guna. Huh, dahsyat. Aku pun cakap la sebelum aku sambung dengan interface design sistem tu, aku kena bincang dan dapatkan persetujuan dulu pasal system flow yang aku dah design tu. Lepas tu baru la aku bole sambung dengan interface design. Aku pun serahkan Design Document yang aku dah sediakan sebelum ni kat Pn. Roy.
Habis meeting pendek tu, Pn. Roy pun kenalkan aku dengan beberapa orang yang akan tolong aku untuk sistem tu. Lepas tu, dia tunjukkan tempat duduk aku dalam ofis tu. Orang sebelah aku tu Indian, Suguna nama dia, peramah la jugak dia. Section yang aku duduk tu ialah bahagian Recruitment. Serius aku rasa macam kat tempat aku praktikal dulu sebab dalam suasana HR.
So, hari tu aku tak buat perkara penting sangat sebab belum bincang pasal system flow tu lagi. Aku cuma cari maklumat tambahan pasal interface design dan start sketch siket-siket rupa interface sistem tu. Aku ada la jugak berkenalan dengan dua tiga orang staff kat situ. Kebanyakan diorg ingat aku trainee kat situ, pada hal aku dah jelaskan kat diorg yang aku cuma buat FYP ja kat situ. Aku pun sebenarnya tak terikat sangat dengan any rule dalam ofis tu, cuma cuba disiplinkan diri la dari segi waktu masuk, keluar tengah hari dan balik.
Hari tu aku balik dalam 5.45 petang dan sampai rumah dalam pukul 6.20 petang. Sampai sini dulu untuk entry ni, sambung next entry pulak k... =)
0 butterflies: