Aku, 24 Dis |
Hari Jumaat untuk VADS ialah hari informal, maksudnya bole pakai casual smart. even jeans dan t-shirt pun bole. Aku rasa bukan VADS ja yang style macam ni, kebanyakan company swasta kot sebab tempat aku praktikal dulu, kat Bosch pun sama jugak, hari Jumaat bole pakai jeans dan collar t-shirt Bosch. So, hari ni pun aku selamba ja pakai jeans dan t-shirt.
Dah petang-petang tu baru terserempak dengan Pn. Roy. Dia tegur aku tanya ok ke tak hari ni...hehe~ ofkos la aku cakap ok..sebab memang selalu ok pun..hehe~ pastu bole pulak dia cakap hari ni aku macam Maybank. Huh, bila aku fikir, laaa rupa-rupanya dia refer kat baju aku hari ni yang warna hitam dan kuning! hehe~ arrrrr...jadi harimau jap..ah-ha!~ ;D
Hari ni aku tunjuk design2 aku kat kak Sham, nak tengok pendapat dia macam mana. So far kak Sham suka dengan design framework aku. Dia siap cakap, system aku ni ada potensi untuk dijual, sah-sah laku! huh, tu pun kalau berjaya develop. Yakin ja kak Sham ni galakkan aku suro jual sistem aku kat VADS. hoho..ada potensi komersial kat situ... *smug*. Tapi tu la, aku kena kerja keras lagi la nampaknya. Chaiyok!
Keluar topik jap, meh aku kongsi sikit pendapat aku pasal kelebihan buat FYP kat company. Ada masanya bila kita buat FYP kat company ni, orang-orang company tu mungkin menilai potensi kita untuk buat kerja di samping menilai jugak kemahiran2 yang kita ada, macam interpersonal skills & communication skills. Kalau diorg rasa ok, so mungkin diorg akan tawarkan kita kerja kat situ bila dah grad..tapi masa tu mungkin diorg tak cakap direct. Diorg akan cakap lebih kurang macam nanti dah grad, bole la apply kerja kat situ, diorg bole tolong...hehe~ ada peluang di situ. Tambah-tambah pulak kalau korg attach kat bahagian HR, lagi senang! Kan dah ada contact & networking kat situ. Ni pun kira persediaan aku kalau aku tak dapat kerja dengan PETRONAS, bole la aku mintak kat sini ja, ada orang bole tolong...insyaAllah.
Panjang pulak aku tulis ni. Uh ya, minggu depan VADS cuti sepanjang minggu, year end shutdown. So, tak yah pergi. Yeeehaaa~~ Aku dah ada plan lain...next entry ok..hehe~ :)
0 butterflies: