KL...here I come!
12/20/2010 11:37:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Ai..tajuk ja over nak dalam English..tp tulisnya dalam BM gak..haih~ aku dah lama tak menulis dalam English ni..patut la dah beku otak aku nak mengarang laporan dalam English. Tapi kalo nak tulis English pun ambil masa siket sebab aku tak suka tulis main2...siyes ja bahasa penulisan aku dalam English..dah la sekarang tak berapa ada masa dah...sibuk sana-sini...tu yang sempat hentam tulis BM ja ni.

Eh, dah2...entry ni bukan nak cerita gaya penulisan pun. Entry ni sebenarnya nak gitau pasal perjalanan aku nak pegi KL. Bagi yang tak tau lagi, meh nak gitau. Aku kena duduk kat KL sebulan tau, start 18hb Dis. Semua sebab Final Year Project (FYP) aku tu. Susah tau jadi pelajar tahun akhir yang kena buat FYP ni. Terpaksa korbankan waktu cuti nak siapkan FYP..masa makin suntuk pulak, kerja banyak tak siap lagi. Nak2 pulak kalau buat FYP tu dengan company macam aku. Lagi la masak! Memang kena luangkan masa cuti pergi company tu dan buat FYP dengan sebanyak yang mungkin. Jadi, mana2 yang nak buat FYP dengan company tu fikir la masak2 sampai hangit pun takpa. hehe~ 

Tapi satu la, di sebalik kesusahan tu semua, sebenarnya banyak yang kita bole belajar bila buat FYP dengan company. Pendedahan dan pengalaman tu lain daripada orang lain dan skop lebih luas. Dari sini dah latih kita untuk terlibat dengan projek2 bila kita dah mula berkareer nanti, latih kita macam mana nak urus diri dan masa, dan jugak disiplin nak siapkan kerja. :)  Biasa la semua perkara ada pro & kons kan? 

Ok2, 18hb..hari aku dah mulakan perjalanan ke KL. Uh, dah macam nak berhijrah pulak bunyinya. Berhijrah la kejap kan. Hampir seminggu jugak cari rumah sewa dekat2 dengan company tu tapi hampeh. Susah kot nak cari. Kalau jumpa rumah, public transport pulak ada masalah. Yang terbaiknya kat kawasan company aku tu, kat kawasan TTDI, public transport tak lalu pun, harapkan teksi ja. Dusy! Akhir sekali malam sebelum hari aku bertolak tu, dapat jugak kontek sedara jauh yang dok kat KL. Ok la, kat Kota Damansara. Aku ni dah la buta KL siket...ikot ja la plan tu. Bab pengangkutan tak setel lagi masa ni.

barang-barang yang kena bawak..banyak jugak sebab sebulan kan, harus la!
Dah packing2 barang semua, pagi Sabtu nak bertolak. Mula-mula balik kampung dulu sebab aku nak pegi KL tu pun dengan sepupu aku yang belajar kat UKM. Sempat jumpa adik aku tak sampai satu malam pun. Dah tiga bulan aku tak balik rumah, dia pulak belajar kat KMPP lagi. Tu ja la masa ktorg jumpa. Sebelum bertolak tu sempat lagi nak bergambar bagai..hehe~

Me & my sis, Snabaw
Balik kampung lak, sempat la jugak jumpa si kenit ni. Sepupu aku yang paling kecik, Dafi. Si kecik ni pun dah lama tak jumpa. Terakhir sekali masa sambut hari lahir dia yang pertama, bulan 5 lepas. Yang buat aku rindu sangat nak jumpa dia tu sebab adik dan sedara aku cerita yang Dafi ni dah pandai buat macam2 aksi dan perangai dah.

Dafi, dah besar ni nampak ensem dah siket..hehe~
Kat kampung aku tu pun sempat jugak pergi makan kenduri rumah jiran dekat2 situ. Aku selamba ja pegi kenduri dengan t-shirt dan jeans camtu..hehe~ Pastu dalam 2.30 petang, bertolak dari Bandar Bharu. Singgah jap kat R n R Ulu Bernam. Aku beli ice-blended karamel. Saja tekak mengada! hehe~

ice-blended caramel, sedap la jugak tapi manis yang amat

Pukul 6.30 petang, aku dan sepupu aku, kak Dilah sampai kat Gombak...rumah mak sedara aku. Malam tu siap pegi pasar malam lagi...layaaan~ Tido la ktorg kat umah mak sedara ktorg. Esoknya.....haaaa, tu masuk entry seterusnya ek...panjang dah ni, nanti aku sambung lagi. Banyak cerita sebenarnya nak updet kat sini. Kalau boleh nak buat catatan harian sepanjang sebulan aku ada kat Kl ni..hehe~ Tengok la cam mana nanti.

Esok pulak mesyuarat pertama dengan company tu untuk masa cuti ni, 21 Disember 2010, 10 am, VADS.  

Wish me luck everybody!

p/s: aw, neves.


 

This entry was posted on 12/20/2010 11:37:00 PM and is filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 butterflies:

On December 21, 2010 at 8:14 PM , Anonymous said...

Setakat ni no comment, so far so good,keep it up akk.

Abah

 
On December 22, 2010 at 10:13 AM , Ana Syanaz said...

gudluck n take care:)
lama xjumpa kan

 
On December 22, 2010 at 12:26 PM , eVy-D-YaNa said...

uh, kak nana rupanya...
patut la masa tgk list follower tu cm prnh dgr ja nana miyuki...hehe~

thanks k.nana~ :)

tu la, lama xjmpa kan...huhu~

 
On December 22, 2010 at 1:26 PM , Ana Syanaz said...

hehe..kaknana xaktif blog,,saja2 ja blog walking jmp dyana,,folow la,,
rindu~!!

 
On December 22, 2010 at 2:18 PM , eVy-D-YaNa said...

owh2..thanks for following...dyana pn sejuk gak blogging b4 dis sbb bz fyp...ni tgh cuti tu yg dok updet ja blog..hehe~ ;D

rindu kaknana jgk...partner yg 'buas'...ah-ha!~ ;P

 
On December 24, 2010 at 6:41 PM , Mohd Hazwan said...

banyak betul barang tu..
macam nak pindah jek hehe
btw..gudluck untuk FYP tu...

 
On December 24, 2010 at 9:42 PM , Mr.TN_SkY said...

Good Luck ya! =_=

 
On December 25, 2010 at 12:01 PM , eVy-D-YaNa said...

hazwan17
hehe..byk la jgk...nk duduk sbulan kan...tu termasuk dgn buku2 smua lg..hehe~
thanks for ur wish ya~ :)

 
On December 25, 2010 at 12:02 PM , eVy-D-YaNa said...

Mr. TN_Sky
thanks ya~ :)

 
Related Posts with Thumbnails