Hari ni, Isnin, aku tak buat apa aktiviti sangat pun. Aku punya meeting dengan company FYP tu esoknya, Selasa. So, aku stay ja kat rumah. Motif aku hari tu nak siapkan semua dokumen untuk meeting esoknya. Aku kena compile design2 aku dalam satu dokumen dan cetak. Hampir setengah hari jugak aku habiskan untuk siapkan benda ni.
Satu lagi perkara yang aku kena belajar duduk kat KD ni ialah belajar hidup dengan bantuan orang gaji. Kat rumah kak Biah ni ada orang gaji. Uh, sungguh la aku tak biasa ada orang gaji. Sepanjang hidup aku, tak pernah ada orang gaji yang tolong aku buat kerja-kerja rumah ni semua. Semua buat sendiri ja. Tiba-tiba datang sini, semua orang gaji yang sedia dan siapkan. Kekok jugak hari pertama aku ni..tapi tu la kena la biasakan diri kan. Walaupun orang gaji tu ada nak buat semua kerja, aku tetap teringan tulang nak buat sendiri sebab dah terbiasa even dia larang...haih~ That's what they are being paid for kan? kena la faham. :)
.....sambung entry seterusnya pulak.. ;)
2 butterflies:
dulu ada orang gaji... tapi sejak nenek dah tak de, tak de dah orang gaji.. tapi orang gaji tu tak macam orang gaji pon.. hoho.. still semua benda kat umah buat sama2.. hehe...
amni,
tu la kan, even ada org gaji pun better buat sendiri jgk certain2 bnda..nnt kalo tba2 xda org gaji..kan susah..