Contest 'Kami Seiras'
1/05/2011 02:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Nak join contest lagi. Tengah-tengah berblogwalking, tiba-tiba nampak ada contest ni. Contest ni dianjurkan oleh cik Yaya kat blog dia The Chronicles of Yaya. Nampak ja contest ni terus rasa nak join sebab menarik! Pasal orang yang seiras dengan kita! Best kan?

banner contect 'Kami Seiras'
Meh kita tengok syarat-syarat penyertaan contest ni...



Ok, meh kita tengok pulak gambar yang aku nak pertaruhkan ni...heee~ 
Ramai orang cakap ktorg kembar! Seiras kan?? hee~

Aku padankan wajah aku dengan wajah adik aku, snabaw. 
Bahagian yang paling ketara ktorg seiras ialah mata, hidung & style. 
**********

Aku suka blog the Chronicles of Yaya kerana blog dia sangat PINK. Header blog dia sangat CUTE dengan 2 ekor kumbang pink tu. Blog cik Yaya ni simple dengan polka dot putih-putih tapi sangat kemas ok! Masuk blog ni ja terus rasa nak follow sebab blog ni menggambarkan yang tuannya seorang yang sangat ceria! Bole la buat geng! :D


......dan dengan ni aku nak tag 2 orang:

1. cik kuyam
2. cik anyss



Hari 17: Gained up
1/04/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 4 Jan
Hari ni aku dah ok sikit dari semalam. Mungkin sebab dah kurang fikir pasal hal remeh temeh yang tak sepatutnya difikirkan pun. Hari ni dah boleh fokus balik kat kerja2 FYP aku ni, baru nak mula stage yang baru pulak. Rutin aku hari ni sama jugak macam biasa.

Uh, aku tak boleh nak main-main sangat dah. Dah la minggu lepas cuti kan, kerja aku pun maknanya separuh cuti la jugak! Masa yang tinggal makin tak banyak, tapi kerja yang tak siap pun tetap banyak lagi. huhu~ Semoga Allah permudahkan urusan aku kat sini. Amiin~ :)



 
p/s: aw, still no news. 
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi
 

 
 
1st GA-My Birthday Giveaway
1/04/2011 09:43:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


Dah lama tak join contest. Kali ni terasa nak join pulak. Contest ni dianjurkan oleh blog Deqlis GA & Contest. Contest ni dibuat khas untuk hari lahir Deqlis bulan Februari nanti. Simple ja contest ni. Meh kita tengok syarat-syarat nak join contest ni...

1. Blogger dan ada alamat di Malaysia
2. Follow blog ini, ini dan ini ( ADA 3 BLOG YA)
3. Masukkan banner di atas di dalam entri dan sidebar uools serta link kan ke blog deqlis
4. Tag 2 orang kawan blogger (pastikan kawan itu tahu anda tag dia)
5. Tinggalkan url penyertaan uools di ruangan komen di blog baru DEQLIS GA & CONTEST --> "deqlis-contest.blogspot.com"
6. Lengkapkan semua syarat2 di atas..itu jer

So, dengan ni aku nak tag:
1. cik wanie 
2. cik pija


kepada cik Deqlis:
Happy Birthday in advance!! Semoga panjang umur dan murah rezeki. 
Herm, ....dan semoga saya menang GA & contest ni...hehe~ terima kasih. :)

 


Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi
1/03/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 3 Jan
Ok, cuti dah habis semalam. Hari ni dah mula balik kerja. Siyes aku cakap aku takda mood langsung hari ni. Jarang aku macam ni. Dah la takda mood kan, dari pagi sampai petang aku pening kepala pulak, sampai aku terpaksa stop buat kerja jap dan pergi rehat. Hari ni aku banyak tenung skrin laptop aku ja, dan skrin laptop pun tenung aku balik..huhu~ tak produktif langsung hari ni untuk aku. 

Sambil-sambil buat kerja tu, aku dengar radio. Bole pulak la radio Era yang aku dengar hari ni asyik mainkan lagu-lagu yang buatkan aku teringat kat orang yang pernah ada dalam hati aku dulu dan mungkin yang sekarang jugak. Memang la aku suka lagu-lagu tu sebab lirik dia berkaitan dengan apa yang pernah dan tengah aku lalui, tapi tu la buat menambah kesedihan ja sebenarnya. Ni yang malas nak jiwang-jiwang ni kan...huu~

Balik rumah pun still tak hilang lagi pening kepala aku ni. Mungkin banyak fikir kot dari semalam. Herm..sampai sini dulu untuk entry ni, sambung lain pulak k. :)


 

 
p/s: aw, belum kontek. 
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-|
 
 
 
Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-|
1/02/2011 11:49:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Waaaaa.....hari ni hari terakhir aku nak tinggal kat rumah Mak Ndak aku kat Gombak ni. Kalau dua tiga hari lepas dah mula rasa sedih nak tinggalkan rumah ni, apa tah lagi hari ni kan. Cam nak emo ja aku hari ni...haih~ sabar-sabar wahai hati.

Hari ni kak Na kerja, so jumpa dia pagi ja sebelum dia pergi kerja.  Hari ni sebelum balik pun aku sempat lagi pergi Giant dengan kak Dilah. Nak beli barang keperluan sikit. Balik tu singgah Secret Recipe jap sebab aku memang dah teringin tahap mengidam dah nak makan kek Secret Recipe. Uh, tapi satu la..kecewa sikit dengan servis krew Secret Recipe kat sini....sangat slow ok! Mungkin diorg tak cukup staf, tapi tu bukan alasan kan? aku & kak Dilah kena tunggu lebih 20 minit baru diorg nak datang ambil order! aci tak? Nasib baik memang teringin, kalau tak memang dah blah lama dah! 

Aku beli kek Pecan Butterscotch, memang teringin yang ni pun. Kak Dilah lak beli kek Tiramisu. Air Cappucino ktorg kongsi sebab dah kenyang. =)


hepy besday kak Dilah for 3rd Jan!!

muka nampak hepy ja, tapi dalam hati sedih ja masa ni



Balik rumah dari Giant tu dah masa lunch. Rehat-rehat jap, pastu makan dan siap2 dah nak balik. Nasib baik barang dah packing sikit2.  Macam biasa la, nak balik ni bro Wafi yang hantarkan. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak aku ikut sekali sebab mula-mula nak hantar kazen aku yang sorang lagi, si Izzat tu balik Intec Shah Alam. Dia pun dah habis cuti. Lepas hantar Izzat baru hantar aku balik KD. Kali ni Mak Ndak & Pak Ndak dapat la jumpa keluarga kak Biah.

Part nak tinggal aku ni la yang paling sedih. Serius aku mengaku cam syahdu gila! Dua tiga kali jugak Mak Ndak asyik sebut lepas ni dah tak dapat tengok aku main-main laptop sambil buat kerja kat ruang tamu rumah dia yang jadi tempat semua lepak dan tak dapat panggil aku makan dah...huhu~ Terasa dah aku masa ni. Nasib tak keluar air mata ja. Pastu masa salam pulak, aku cakap la terima kasih, siap mintak maaf lagi kalau ada salah silap kan. Mak Ndak aku pulak balas kata aku cakap camtu macam taknak datang dah. Bukan tu maksud aku pun. Aku memang nak sangat duduk sana berbanding KD ni, tapi aku cam segan dah nak mintak tolong diorg ambil dan hantarkan. Macam menyusahkan pulak. Kalau aku ada transport sendiri, senang la jugak kan. 

Dah la masa tu lak aku tengah runsing dan huru-hara fikir pasal benda lain sampai nak merajuk pun ada. Lagi la emo aku jawabnya. Nasib aku bole senyum lagi pada hal hati dah memberontak dah...haih~ Memang aku terasa & touching la nak kena tinggal ni. 9 hari kot aku duduk rumah Mak Ndak aku. Aku ni dah la banyak cakap kan, so memang best la bila diorg melayan. Aku memang manja dengan diorg terutamanya dengan Mak Ndak & kak Na. Pak Ndak pun sporting ja layan aku siap usik2 lagi..hehe~ macam comel la. Aku pulak antara yang termuda kat rumah tu. Aku & Izzat pun lebih kurang sebaya. So sah2 la dapat feeling jadi adik jugak. Aku rasa Mak Ndak macam mak aku yang kedua. Aku siap menuntut ilmu masakan, tu yang sampai jadi lontong tu...hehe~ mana la tak sedih kan...dah macam keluarga sendiri. Diorg lak ramai, kalau gurau2 memang meriah. Aku jarang dapat rasa meriah-meriah camtu sebab family aku kecik ja...huuu~ Sayang diorg semua. Aku kalau dah mula sayang orang memang macam ni la.  T_T

Gila panjang aku tulis ni, emo punya pasal. Esok akan mula kerja balik kat VADS..huhu~ ^_^


Aku, 2 Jan
Chaiyok kepada diri sendiri. Selamat beusaha eVy Dyana.






 
p/s: aw, me merajuk + protes.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong
 
 
 
 
Hari 14: Aku dan lontong
1/01/2011 11:39:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni ialah hari kedua terakhir aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni. Esok dah nak kena balik KD dah. Ok2, serius aku mengaku aku dah mula rasa sedih dah ni. Ni la masalahnya bila aku dah mula rapat dengan siapa2 pun, bila nak pisah atau duduk jauh2 tu memang awal2 lagi aku akan rasa sedih. =( 

Uh, tapi jangan sedih lebih2 hari ni. Kita tukar mood gembira jap. Aku dan Mak Ndak aku dah beberapa hari plan nak masak lontong hari ni. Ni sebab aku la semangat nak belajar masak lontong. Selebihnya sebab aku la yang nak makan sebab dah lama tak makan lontong..ah-ha!~ Disebabkan aku memang eksaited gila nak belajar sampai Mak Ndak aku pun perasan keterujaan melampau anak sedara dia yang sorang ni, maka aku yang ditugaskan untuk memasak...hehe~ Mak Ndak cuma gitau apa yang nak kena buat. Uh, memang best. So, aku pun belajar la buat kuah masak lemak, sambal ikan bilis dan kuah kacang. Kak Na pun ajar jugak sikit-sikit. Rasa macam tuisyen kat dapur lak..hehe~ Rupanya takda la susah mana buat lontong tu, cuma aku yang tak pasti sukatan. 

Hee...pastu macam biasa la agenda aku kat sini. Masak agar-agar lagi. Kali ni buat agar-agar laici lak. Ni pun kali pertama aku buat agar-agar laici. Resipi aku ambil daripada seorang kawan aku. Tak sempat pulak nak ambil gambar menu hari ni. Tup-tup semua dah habis! ah-ha!~

Hari ni kakak sedara aku, kak Dilah yang study kat UKM tu datang rumah Mak Ndak aku. So, lagi meriah la jadinya...tapi tu la, dia tak sihat pulak, batuk-batuk. Sian dia. Malam tu, aku, kak Na & kak Dilah pergi pasar malam dekat-dekat situ. Sempat jugak aku beli satu baju...hehe~



 
 



p/s: aw, elak.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
 
 
 
Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah!
1/01/2011 07:32:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Hari ni cuti, yeay! Cuti peristiwa atas kejayaan Malaysia buat julung-julung kalinya menjuarai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah HARIMAU MALAYA! 

Hari ni dua kazen aku, kak Na & abg Faiz tak kerja. Bole kira meriah jugak rumah. Pagi lepas bekfes, abg Faiz & Izzat dah keluar pergi beli rumput karpet buat tambahan nak hias laman rumah diorg. Balik-balik terus diorg susun dan tanam sekali.  Diorg memang rajin dan bersemangat la nak siapkan laman rumah diorg. Seronok pulak aku tengok. Tiba-tiba aku rasa macam best jugak ek kalau ada adik-beradik laki terutamanya untuk benda-benda camni la...hehe~  

masa aku datang, cuma ada tanah ja...sekarang dah cantik dengan rumput



Disebabkan Mak Ndak aku keluar hari ni, kak Na yang masak untuk makan tengah hari. Aku teman dia sembang-sembang ja. Petang lak, kak Na masak bubur pulut hitam. Sambil-sambil dia masak tu, aku sembang-sembang dengan dia, saja aku soal jawab dengan kak Na pasal life ada keluarga besar dan adik-beradik ramai. Dalam masa seminggu aku tinggal kat rumah Mak Ndak aku ni, aku rasa best ada adik-beradik ramai. Bila gurau-gurau tu, rasa meriah gila! Bila masak pun seronok sebab ramai yang nak makan. Tu yang aku lagi semangat nak buat puding tu. Kalau kat rumah aku tak buat sangat sebab tak ramai yang nak makan. Cuma rajin buat kat U ja sebab kawan-kawan ramai nak makan..ok la.

Hari ni pulak dah 31hb kan, hari terakhir untuk tahun ni. Kat depan rumah Mak Ndak aku ni ada jejantas. Dari jejantas tu memang nampak view ke KLCC dan Dataran. Walaupun jauh, tapi tetap nampak. So, masa ambang nak dekat pukul 12 tengah malam tu, aku ikut kazen aku Izzat pergi naik jejantas tu. Memang cantik KLCC & Menara KL dengan lampu warna-warni. Lepas tunggu beberapa minit, bunga api pun mula la meletup sana sini. Yang jelas nampak tu dari KLCC, Menara KL & Dataran. Teruja ja aku tengok...hehe~ ;D

Lebih kurang macam ni la  view bunga api kat KLCC dari jejantas tu


 
 
p/s: aw, santap semeja la sangat...2. 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari 11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz! 
13.  Hari 12: Updet, updet...
 
 
Related Posts with Thumbnails