Darwisy
12/20/2010 12:20:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Herm...kali ni aku nak tulis pasal seorang baby antara babies yang aku sayang.  Nama si kecik comel ni baby Darwisy. Eh, tapi jangan silap pulak...ni bukan anak aku tau...hehe~  Masa aku buat latihan industri kat HR Bosch dulu, ada satu kakak ni baru masuk kerja masa aku baru sebulan praktikal kat situ. Nama dia kak Has. Senang cerita dia duduk sebelah aku dan dia buat Recruitment. Dah duduk sebelah, mestila sembang2 kan..dari situ mula la jadi rapat. Aku ni pulak dah la banyak cakap..hehe~

Masa tu pulak kak Has baru mengandung..jadi kami satu department memang care la kat kak Has. Anak pertama kan...aku yang paling eksaited! hehe~ Dah lama2 aku kenal kak Has, aku dah anggap dia macam kakak sendiri dah, walaupun beza umur agak jauh, tapi tu la yang bagus. Kak Has banyak bagi nasihat kat aku yang muda + taktau banyak benda ni..hehe~ kak Has selalu protect aku, tu yang best! Kami punya rapat tu sampai ada satu masa kritikal aku ada masalah, aku nanges kat kak Has dan dia pelok aku. Dusy...touching la time tu! ..best tau peluk preggy mummy sebab dia cam bear! hehe~ (k.has kalo baca ni jangan marah tau..hehe~) 

Masa aku abes praktikal, kak Has belum bersalin lagi..tak dapat la nak sambut..hehe~ tapi kami tetap keep-in-touch. Nak dijadikan cerita pulak, kak Has terbersalin awal dari tarikh jangkaan. Petang raya Aidilfitri tahun ni, lahir la si baby Darwisy ni. Baby syawal..hee~  Maka raya kedua tu, sebelum balik kampung, aku dan keluarga aku siap singgah kat Hospital Bersalin Pulau Pinang, semangat nak tengok baby Darwisy...ni la dia..

 
Baby Darwisy - usia: hari kedua
 
Disebabkan lepas praktikal tu aku dah kena balik UTP, kak Has ada hantar MMS gambar Darwisy masa umur sebulan. Uh mak aii,,,eksaited gila aku masa tu. 
Dah la dalam MMS tu, kak Has siap letak caption, "Darwisy senyum untuk aunty Deyna"
 *bangga* 

uh haa...lupa nak gitau..nama manja aku dengan kak Has ialah Deyna..hehe~ ;D

ni la gambar dalam MMS tu...CUTE kan?
baby Darwisy - usia: sebulan
 
Pastu hari jumaat lepas sebelum aku bertolak datang KL ni, kak Has sanggup datang ke rumah aku lepas balik kerja penat2 sebab nak bawak baby Darwisy datang jumpa aku, sebab aku memang teringin nak tengok perkembangan dia membesar. Dah la cuti aku pendek 5 hari ja, pastu dah kena rushing nak pegi KL pulak..tu yang kak Has sampai bawak baby Darwisy datang rumah bagi aku jumpa. (Thanks kak Has~ )

baby Darwisy - usia: 3 bulan lebih dah


To Darwisy:

Semoga membesar menjadi kanak-kanak yang sihat, comel & bijak! I know you are! Sorry la aunty takda pulak gambar dengan mummy Darwisy sebab dia selalu malu2 nak amek gambar dengan aunty walaupun aunty dah gedik2 nak amek gambar dengan dia...ah-ha!~~ ;D 


p/s: aunty? uh, macam tak caya, dah mula masuk fasa hidup yang baru. phew~

This entry was posted on 12/20/2010 12:20:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On December 20, 2010 at 2:42 PM , Unknown said...

Darwisy??? Cumelnye nama, semangat je tgk bby tu.. :)

 
On December 20, 2010 at 3:43 PM , eVy-D-YaNa said...

hehe...comel kan?
geram sgt tgk bdk2 cute ni! :D

 
Related Posts with Thumbnails