Tagged No 5
12/10/2010 11:23:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Herm...dah lama gila tak buat tag2 ni semua. Kali ni ditag oleh seorang teman blogger yang jugak merupakan follower blog aku, dWaty. Cik dWaty, thanks sebab follow ek!  
Ok, jom2 jawab soalan tag...hehe~  banyak jugak soalan dia, tapi takpa jawab satu-satu...

1. apa benda paling penting dlm idup anda?
Benda paling penting sekarang Guru, Mak, Bapak, adik, keluarga, persatuan & ilmu.



2. benda yg terakhir anda beli guna duit anda?
Roti Gardenia + Biskut Sultana + Stick Rokki + Majalah Media Hiburan = RM11.00


3. dimana tmpt korang langsungkan perkahwinan korang?
Herm...kawen pun belom lagi la...tapi kalo planning nya, mesti la kat rumah sendiri...hehe~  


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
Oh, tak pernah bercinta lagi buat masa ni, tapi pernah la suka dan sayangkan seseorang, lama jugak la. Sekarang dah tak kot. Single & Available!

 
5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
So far takda kekasih, tak tau la...selama mana dia boleh bertakhta di hati, selagi tu la cintakan dia.  Macam orang yang disayangi sebelum ni, lima tahun lebih jugak la. Tapi sekarang, kalau nak cintan cintun ni pun dengan suami yang sah ja la selama mana yang ada jodoh dan tak terpisah dek ajal...heee~


6.  di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
Takda kekasih, so tak jumpa kat mana2 pun. 


7. novel/buku/majalah terakhir kamu beli? 
Novel:  yang terakhir beli ada 3 buah tapi ingat satu ja Lafazkan Kalimah Cintamu tulisan Siti Rosmizah.
Buku: Panduan Senikata, Terjemahan & Bacaan Barzanji, Marhaban & Qasidah Burdah, terbitan LPT PSSCM. 
Majalah: Media Hiburan Edisi 27 Nov - 3 Dis & Edisi 4 Dis - 10 Dis 


8. apakah name penuh korang?
Nama penuh yang betul tak pernah lagi didedahkan kat alam maya...nama pena yang penuh sepatutnya eVy-D-YaNa Pooh, tapi selalu nya guna eVy-D-YaNa / Evy Dyana.


9. antara mak dan ayah mana paling rapat?
Dua-dua pun rapat, ikot agenda...kalo pasal akademik & pentadbiran dengan ayah la...kalo pasal perasaan sharing dengan mak lagi banyak la.  

10. namakan org yang betul2 korang nk jumpa dlm hidup korang?
Tun Dr. Mahathir (Nak jumpa dia lagi walaupun dah pernah jumpa..harap2 sempat jumpa masa konvo tahun depan)
Shahir AF8 (kan peminat setia..saja ngada nak jumpa! ah-ha!~)
Ashraf Muslim (pernah jumpa dah, tapi nak jumpa lagi sebab dia baik) 


11.adakah korang basuh baju korang sendiri?
 Mesti la.


12. tempat yg btul2 korang nk pergi?
Mekah, insyaAllah. 
Nak jugak pergi Australia jumpa & date dengan my dear Shin Chan a.k.a bakal Dr. Farah Najib & Ireland, jumpa my dear Doraemon a.k.a bakal Dr. Syaratul Ain.
dan mungkin Bali kot. 
Nanti bila dah kerja nak mula kumpul duit nak pergi tempat2 ni. 

my doraemon, my shin chan n pooh~ (sila la abaikan muka aku time ni, 3 thn lepan kot! hehe~)

13. pilih salah satu, peluk atau ciuman?
ala, kena pilih ek? kalo nak dua2 bole tak? ah-ha!~ 


14. bagitau 3 benda org yg bg kamu tag
Uh, ALAMAK tak tau sangat la...yang tau cuma nama dWaty dan dia pun ditag dengan orang yang nama diana..hehe~ (p/s: tolong2 cik dWaty..hehe~) 





15. benda yg paling di sayangi dlm hidup anda
Semua benda yang ada kat sekeliling aku dan yang tak pernah buat masalah dengan aku. Saayaaang Semua! (siapa yang kenal aku mesti tau tagline aku ni...kan? heee~)

16. lagu yg plg kamu suka dengar?
Banyak, tapi yang paling suka sekali sekarang dan asyik mainkan ja, lagu Rapuh, by Opick. 


17. bila tarikh lahir korang dn tempat selalu kamu sambut?
23 Mac (sama dengan Lisa Surihani...hehe~). Tempat bergantung pada masa tarikh tu...biasanya kat rumah sebab selalu time tu cuti sem.  


18. List 5 org kena tag


|
This entry was posted on 12/10/2010 11:23:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 butterflies:

On December 12, 2010 at 2:18 PM , dwatyKNY said...

hehe... no 14, dah bagi 2 kan... saya tambah lagi satu.... asal dari kampung... sabah!!!!

 
On December 17, 2010 at 12:35 PM , eVy-D-YaNa said...

hehe...mekaseh~ :)

 
Related Posts with Thumbnails