Gila-gila + Sengal!
1/31/2011 12:28:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Kelas latihan UTP untuk semester Januari 2011 baru mula semalam. Bagi aku, kelas semalam agak seronok dan nice! Adik-adik junior yang aku kenal sebelum ni, yang pendiam-pendiam tu dah mula tunjuk perangai sengal masing-masing. Semua tak nak kalah dengan akak-akak diorg yang sama gila-gila kot! ;D

Dah lama aku tak rasa seronok camni.  Agaknya ni la kot perasaan jadi final year student. Bila aku tengok diorg, aku terimbas balik zaman-zaman aku sama macam diorg, masa baru masuk silat cekak dan mula nak kenal akak-akak dan abang-abang semua. Dulu, aku pun pendiam jugak tapi sekarang yang mana kenal aku, sure tau aku gila-gila cam mana...heee~ ;P

Kebiasaannya, lepas kelas latihan mesti akan keluar mapley. Sitik la kan. Haaa...bukan senang tau nak ajak diorg yang adik-adik ni keluar makan sekali. Kalau sorang tak nak pi, yang lain pun tak nak ikut. Biasa la kan, muda-muda ni minda bersih lagi tak nak keluar lewat malam. hehe~ Tapi aku ada buat satu trick & deal dengan diorg dan diorg terus setuju nak keluar! Semua lak tu. Tengok diorg makan dah buat aku rasa gembira sangat. =)

Kan aku ada kata diorg ni sengal kan? tengok la gambar kat bawah ni. Sampai kat mapley Sitik tu ktorg bergambar kot. Tak menyempat-nyempat nak bajet hot! Kelas pertama la katakan....


dengan diorg yang sengal2~

Sory ek orang depan , gambar goyang lak...hee~ ;P


 Sure nanti aku akan rindu diorg bila aku grad....*sigh* T___T  

K2, tak yah cerita sedih-sedih dulu...jom kita enjoy dulu untuk sem ni! 

Saayaaang korang semua!



Ekspidisi Gua Tempurung
1/31/2011 01:17:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Final year..oo..final year. Selain sibuk memikirkan pasal Final Year Project (FYP) yang tak siap-siap lagi tu, ktorg sibuk jugak fikir aktiviti yang nak dibuat bersama-sama sepanjang sem terakhir ni. So, aktiviti pertama ktorg untuk sem ni ialah aktiviti outdoor. Project Manager kali ni ialah Ateh.  

Target  ktorg sem ni kalau bole nak habis pusing kawasan-kawasan menarik kat Perak ni. Untuk aktiviti yang pertama ni ktorg semua setuju nak pergi caving kat Gua Tempurung. Gua Tempurung ni terletak kat kawasan Gopeng, Perak. Herm..aku pun baru tau sebenarnya. >_<

Pagi 29 Januari lepas, ktorg semua berkumpul kat Shell berdekatan UTP dalam pukul 8 pagi lebih. Lepas setel isi minyak semua, ktorg pun gerak la. Tapi sebelum tu sempat jugak snap gambar berkeping-keping. Zaman sekarang mana bole hidup tanpa kamera kan. Harus la setiap momen nak diabadikan! Betol tak?



Nak gak selitkan lambang si Shell tu

Perjalanan ktorg nak pergi Gua Tempurung tu ada la dalam setengah jam lebih. Uh, aku tertido masa dalam perjalanan. Malam sebelum tu aku tido lewat sebab demo kan. Serius penat dan sakit badan pun tak hilang lagi. Tup-tup dah sampai Gua Tempurung tu. Macam biasa la, setiap masa nak bergambar ja kerja ktorg. Sebelum masuk tu, bergambar kenangan dulu. Siap plan lagi nak buat perbandingan gambar sebelum dan selepas caving tu. ah-ha!~


ni la ktorg semua, ada 18 orang

macam-macam gaya asal boleh

Pastu Ateh, si PM tadi pergi la beli tiket. Ktorg sepakat ambil pakej Grand Tour yang harganya RM22. Pakej paling maksimum sekali. Dah alang-alang kan. Lepas beli tiket, ktorg semua dapat stiker kaler hijau untuk dipakai masa masuk dalam gua tu. Aku & Bee ngada-ngada pegi lekatkan stiker tu atas tudung. Kononnya bajet macam pakai riben atas shawl...gila mengada kan? lantak! 

Lepas tu sesi baca doa dulu sebelum mulakan ekspidisi. Tak salah aku, Zuhair yang ketuai bacaan doa ni.

baca doa ya

Lepas dah baca doa ni, ktorg berkumpul jap depan pintu masuk, dengar briefing dulu apa yang kena buat nanti kat dalam tu. Kena bawak torchlight ok! Benda ni paling penting sekali kat dalam gua tu, terutamanya kat tempat yang memang gelap takda lampu langsung. Sangat bagus jugak untuk bawak air mineral sebotol, sebab memang penat dan akan sampai satu tahap korg akan haus yang amat. 

Ktorg nya caving tour bermula pukul 9.30 pagi, dijurupandukan oleh Pak Cik Salleh. Masa nak masuk gua tu, neves la jugak, tak tipu. Siap sempat baca ayat-ayat Quran sepotong dua mana yang patut. Mana la tau kan nampak makhluk-makhluk yang tak sepatutnya..huhu~ Owh ya, rombongan ktorg ni gabung dengan satu kumpulan aktiviti lasak dari Lumut, kumpulan remaja Cina dan pelancong dari luar negara, kira omputih la. So, kumpulan ktorg ni ada la dalam 40 orang lebih. 

Mula-mula masuk tu, oh la..ada lampu rupanya. Untuk trip yang awal ni disediakan beratus-ratus anak tangga kecik, ada kot dalam 600 lebih anak tangga masuk dalam gua tu. Kejap naik kejap turun. Singgah banyak platform. Masa lalu tangga-tangga ni semua la, ktorg ditunjukkan dengan keindahan gua batu kapur. Macam-macam bentuk yang terukir kat dinding gua tu. Eh tapi bukan buatan manusia k, secara semula jadi terbentuk sejak ribu-riban tahun dulu. Ada bentuk kuda laut, itik, kuda, kepala harimau, dinosaur, perempuan mengandung yang tengah berdiri, dan macam-macam lagi la yang tak tersebut kat sini.

Selain tu, nampak gak butiran kristal kat celah-celah batuan gua tu. Dalam gelap memang tak nampak, tapi kalau suluh dengan lampu tu, siyes bersinar. Masa tu memang siyes rasa kagum dengan ciptaan Allah. Kalau kita sendiri tak tengok, mesti tak percaya. Ciptaan Allah memang sempurna dan dalam setiap ciptaan tu memang akan membuatkan kita berfikir dan kagum akan kebesaran-Nya. =)

Ktorg ada gak lalu kat Wind Tunnel. Bila berdiri kat tempat ni, tiba-tiba bole rasa angin yang nyaman. Macam natural air-cond gitu. Memang nikmat la sebab masa tu dah mula berpeluh tak hingat sebab panjat anak tangga yang sangat banyak! Lepas Wind Tunnel tu, kat platform yang terakhir kot, ktorg semua disuruh berkumpul ramai-ramai kat satu platform ni dan matikan semua lampu suluh. Mak Aii, serius gelap gila!!! Rasa kosong! Agaknya macam ni la pandangan orang yang buta. Ktorg terpaksa bergelap dalam setengah minit. Ambil feel orang kata sebelum masuk kat gua yang betul-betul gelap!

Dalam kegelapan ni la bermulanya cabaran. Ktorg terpaksa panjat batu-batu kapur yang licin. Siap kena slide turun batu yang licin dalam 3-4 kali. Yang paling horror tu, ktorg kena slide batu kapur yang 9m panjangnya dan sangat curam. Huh, cuak-cuak..tapi semua pun lepas ja halangan tu. Sambil-sambil jalan tu, ktorg jugak diberitahu yang Gua Tempurung ni dulu tempat Komunis bersembunyi dan bermesyuarat. Memang ada batu peninggalan kesan tulisan komunis dulu-dulu. Ada jugak barang-barang tinggalan pelombong-pelombong bijih timah dulu-dulu dalam gua ni. 

Uh..haaa...lagi satu pesanan..kalau nak masuk gua ni..adalah sangat baik untuk korg pakai kasut yang tapaknya sangat baik ok. Pengalaman sendiri dan seorang lagi kawan aku, Sab, tapak kasut ktorg memang tercabut dengan teruknya masa caving tu, terutamanya lepas meredah kawasan berair. Kasut aku memang dah siap jadi artifak dah dalam gua tu, memang lekang terus tapaknya. Nasib baik Ateh ada bawak kasut Crocs spare, bole jugak ganti. Kasut Sab pun teruk jugak lekangnya, siap kena ikat dengan tali. 

selamat sampai kat salah satu exit gua ni..sumpah cantik kawasan hijau kat situ.

Eh, tapi belum habis kat situ lagi..lepas tu ktorg kena lagi panjat sana-sini dan yang paling ditunggu sekali ialah merangkak dalam kawasan air bawah batu kapur yang sangat rendah. Memang kena merangkak. Batu-batu bawah agak tajam, so kalau tak tahan merangkak bole jugak berjalan itik. Kalau orang yang tinggi memang tak dapat la. Silap-silap kena meniarap macam latihan askar tu baru bole lepas. Ada dalam 6 lorong jugak la ktorg kena merangkak tu. Memang pengalaman. Tu tak kira lagi kena simbah-simbah air dengan Pak Cik Salleh masa dalam lorong tu...haih~


Lepas lebih kurang 4 jam perjalanan sepanjang 3.8km dalam gua tu, lepas macam-macam yang dah ktorg lalu, akhirnya sampai jugak kat penghujung gua tu dalam pukul 1.30 tengah hari.
Phew....sampai jugak! Penat memang penat tapi sangat BEST! Aku yang mula-mulanya tak eksaited sangat dengan aktiviti haritu teruja la jugak lepas dah lalu. Aku memang suka jugak aktiviti lasak sebab suka nak cabar diri, tak nak jadi lembut ja. Kena ada jugak bahagian-bahagian yang lasak. Baru best hidup!

Pakcik Salleh dengan lalingnya, Fred...skendel kot!
ktorg semua lepas caving..orang utara cakap 'berlemoih' kot! ah-ha!~
hooray! ekspidisi yang berjaya!

Lepas dah siap bersihkan diri, semua pun balik dengan haluan masing-masing. Yang kereta aku pulak singgah jap lunch kat Terminal Makanan Negara (TEMAN) yang baru nak dibuka kat Simpang Pulai. Pastu balik dan rehat la. Bertambah sakit badan aku, tapi puas! ^_^

~Ateh~Sab~Dyana~Bee~Pika~Sarah~Fred~Mimi~Gee~
~Abu Mecky~Izo~Bai~Zul~Syed~Zuhair~Negi~Bob~Yo~


Sumber gambar: Sarah & Syed Akmal
Thanks~ 




Gerak solat bentuk nama nabi s.a.w.
1/30/2011 09:07:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Dapat info ni daripada seorang kawan....


SUBHANALLAH, kebesaran Allah ada dalam semua ciptaan-Nya~ 


Sumber: Jalan Akhirat

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011
1/27/2011 11:11:00 AM | Author: eVy-D-YaNa


Giveaway: Diary Motivation 2011
No of giveaway: RAHSIA
Start Date: 20 Jan 2011
End Date: 27 Jan 2011
 
 
 
Syarat-syarat penyertaan:
 
1. Buat entry pasal giveaway ni guna tajuk yang diberi....done!
 
2. Copy banner dan linkkan.....done! 
 
3.Tag at least 2 orang.....done!
Dua orang yang kena tag tu:
 
4. Tinggalkan komen untuk link penyertaan....done!
 
5. Bole pilih nak jadi follower blog berkenaan atau tak.....followed done!


 

Siapa sebenarnya aku padamu?
1/16/2011 10:30:00 PM | Author: eVy-D-YaNa


 
 
Mengapa harus kita ditemukan di saat jiwaku keresahan
apakah aku hanya persinggahan, bayanganmu entah di mana...
- Penantian, Blackrose.
 
 
 
Tak pasal-pasal sedih dengar lirik ni.

 
 
p/s: aw, no more!

BLOGGER GEGARKAN 'U'
1/13/2011 09:18:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Klik gambar header untuk ke link segmen ni di blog BEN ASHAARI





Kali ni nak join segmen kat blog Ben Ashaari. Macam best nak join sebab melibatkan pelajar universiti. Memandangkan aku masih lagi bergelar pelajar U, maka dengan seronoknya nak join!

bajet bangga ja letak logo U besau2,..hehe~
Lepas dah letak logo, meh kita jawab lak soalan2 wajib untuk menyertai segmen ni. Ok, jawapan aku simple & straight to the point ja..  


  1. Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ? 

    Aku sekarang belajar kat Universiti Teknologi PETRONAS, sedang belajar dalam jurusan Business Information System (BIS) atau nama melayunya Sistem Maklumat Perniagaan. Sekarang ni dah tahun akhir, semester terakhir. InsyaAllah, bakal grad bulan 5 ni. 

  2. Asal mana ? Umur ?

    Aku berasal dari Gelugor, Pulau Pinang. Umur...herrrrmmmm...baru 20..muda lagi...kih3~ :D


  3. Kenapa amik jurusan itu ?

    Ambil jurusan ni sebab minat bisnes dan perakaunan, walaupun masa belajar sekolah menengah dulu aliran Sains Tulen, memang tersimpang habis la aku...hehe~ disebabkan jurusan ni ada tawarkan subjek bisnes, perakaunan, pengurusan, kewangan, pengaturcaraan dan sebagainya, maka dengan konfiden mohon jurusan ni. Nasib baik dapat, dan sekarang ni pun belajar di bawah biasiswa PETRONAS. Terima kasih PETRONAS. Touching lak tiba-tiba....hee~

  4. Cita cita .. peewwittt .. 

    Cita-cita...herm, dah ambil pun jurusan bisnes kan, mestila nak jadi businesswoman yang berjaya suatu hari nanti. Impian aku nak ada kedai coklat dan kek sendiri...wouwou~  InsyaAllah~ Doa-doa kan la semoga aku berjaya k.. :)

    Itu saja buat masa ni...guys, thanks for reading~ :)



    gambar sendiri pun saja nak menyibuk! hehe~ ;P
 
123 - Lagenda Budak Nakal
1/11/2011 11:16:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Huk3...entry ni patutnya dikeluarkan beberapa hari lepas lagi...tapi disebabkan kesibukan memanjang yang tak henti-henti, baru masa ni sempat nak tulis. Entry ni cuma nak buat penghargaan kat semua followers blog aku ni dan nak buat pengumuman pasal follower bertuah aku ni. Nak tau kenapa bertuah???

Sebab beliau ni follower aku yang ke-123. Saja suka nombor 123 tu, cantik ja susunan dia. So, berbalik kepada follower bertuah blog aku ni, beliau yang dimaksudkan ialah Mr. Nakal. Blog beliau ialah Lagenda Budak Nakal. Sila view blog beliau ya kawan-kawan. Disebabkan kenakalan beliau ni, beliau rajin jugak tinggal2 jejak kat shoutmix aku tu. So, aku pun rajin la nak kasik follower bertuah ni kat beliau. hehe~ Eh tapi, maaf la ek Mr. Nakal, takda award picture nak bagi...cuma entry ni ja la sebagai penghargaan. =)


gambar si shin chan tu la Mr. Nakal

header Lagenda Budak Nakal

Masa aku follow blog beliau dulu, ada dalam 1700++ followers dia. Masa entry ni ditulis, followers dia dah cecah 2000++ kot! Cepat gila followers dia naik dalam masa seminggu lebih. Blog Mr. Nakal ni best jugak. Entry2 kebanyakannya kelakar, so korang akan gelak ja masa baca entry beliau. Aku paling suka bila beliau tulis entry guna loghat utara. Siyes, baca rasa kelakar! Mr. Nakal jugak ada perkenalkan segmen review blog. Memang beliau akan komen dan kritik la mana yang patut. Untung la blog siapa yang direview beliau. Aku ingat nak join segmen tu, tapi bila aku pergi balik blog beliau, rupa-rupanya segmen tu dah ditutup. Sedih  T_T.  Agak-agak kalau Mr. Nakal baca entry ni, beliau bole tak kasik peluang blog aku direview?? -muka penuh harapan...hehe~ ;P-

Blog aku ni takda la hebat mana, so takda la ramai pun follower. So, bila dapat follower banyak ni pun aku mula bersyukur dan gembira sebab sebelum ni nak capai 50 pun agak susah, apa tah lagi ratus dan ribu-riban kan...Takpa, slow2 aku nak kena tarik lebih banyak trafik ke blog aku ni. Sekarang ni main updet blog ikut masa terluang ja sebab projek aku pun banyak tak siap lagi...huhu~ (=_="). 

Terima kasih la followersku sekalian! 



Alhamdu Lillah~
1/11/2011 09:18:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Syukur Ya Allah...
 di saat aku tengah dilanda dugaan ni...Kau beri jugak satu khabar gembira...
Alhamdu Lillah~ :)
 p/s: first time FCH. 
 
Memang Allah sengaja....
1/09/2011 11:01:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
1.Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



 
Sumber: Fakta: 9 Sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah
(Entry di atas bukan ditulis oleh penulis blog berkenaan. Beliau turut berkongsi dari sumber yang lain.)


p/s: aw, aku diuji lagi. Dugaan hati itu sememangnya berat. Mainan syaitan.


Hari 20: Jumaat dah....
1/07/2011 10:08:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Diam tak diam, kejap ja nak masuk hari Jumaat untuk minggu ketiga aku ada kat KL ni.  Macam biasa, setiap pagi memang aku akan sampai VADS sejam awal dari waktu masuk kerja, tapi tu la, aku tak dapat nak masuk ofis sebab kalau nak masuk kena ada unik pin no. Selalunya pagi-pagi aku lepak kat kantin, tapi hari ni malas nak pergi kantin, lepak ja kat lobi depan. Sambil-sambil tu, sempat jugak aku snap satu gambar suasana kat situ pagi-pagi.

dari dalam lobi VADS, gelap lagi pagi-pagi



Petang ni aku kena jumpa Steve lagi sebab nak fix error kat coding aku yang tak bole compile & run. Kali ni dia review lagi detail interface design aku sebab aku mula bertanya dia dua tiga soalan yang aku masih blur. Ok la jugak, sebab daripada komen-komen dia, ada la jugak benda yang boleh dipelajari. Bak kat orang, kutip pengalaman daripada seorang programmer.

Sebelah malam lak, dua orang kazen aku, kak Dilah dan kak Una datang ambil aku. Bosan gak dok KD ni sorang-sorang. So, aku nak kena keluar jugak ambil udara kat tempat baru..hehe~ Seronok la dapat spend masa kat Prima Damansara pulak, kat rumah kak Una. Dah la aku masa tu tak berapa sihat pun, asyik batuk dan sakit tekak ja, selamba.  

Uh, hari ni lupa lak nak amek gambar sendiri..ah-ha!~~ :P


 
p/s: aw, stop jap cold war, me msg, no reply. 

 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up 
19. Hari 18: Petak-petak
 20. Hari 19: Programming bukan dunia aku! 
 
 
Award Follower Wardah Ilmu
1/07/2011 02:34:00 PM | Author: eVy-D-YaNa

Award follower kali ni daripada Wardah Ilmu. 

Tampal kat sini. Mekaseh~ :)

 



Silat bantu lahir graduan berkarisma
1/07/2011 11:28:00 AM | Author: eVy-D-YaNa

Peserta dari UiTM Jengka dan UiTM Melaka mucul johan Putera dan Puteri pada Karnival Silat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.


TANJUNG MALIM 6 Jan. - Silat merupakan seni mempertahankan diri yang menjadi wadah warisan seni bangsa di negara ini. Justeru, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) iaitu salah satu persatuan yang giat mengajar seni silat ini mampu berperanan menarik penyertaan ramai generasi muda dalam memastikan seni pusaka bangsa terpelihara.

Bagi generasi baru, terutama pelajar di universiti ia memberikan pendedahan kepada golongan itu menguasai ilmu silat ke arah kepentingan warisan budaya, terutama warisan bangsa Melayu yang makin dilupakan.

Ini kerana silat apabila dikembangkan di universiti di negara ini boleh melahirkan graduan yang berkarisma dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu, satu Karnival Silat Waja Diri PSSCM kali ke-4 diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini baru-baru ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika merasmikan karnival silat itu mencadangkan supaya seni silat cekak dijadikan salah satu kokurikulum berkredit di semua universiti di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, Pesaka akan membincangkan cadangan berkenaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama lagi.

Melalui usaha itu, katanya, golongan mahasiswa boleh menguasai ilmu silat ke arah mengekalkan seni pusaka budaya warisan Melayu.

"Silat juga boleh melahirkan graduan yang berperwatakan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.
"Seni silat ini yang sudah bertapak di UPSI mampu membentuk keperibadian positif sebagai persediaan dalam mendidik anak bangsa," katanya.

Sebanyak 26 institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai karnival bertemakan '1Mahasiswa berjiwa Insaniah'.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, PSSCM sudah 45 tahun bertapak di negara ini dan ramai penuntut universiti telah menyertainya. 

Mengenai karnival tersebut, kata beliau, menguasai ilmu persilatan menambahkan pengetahuan, berkebolehan mengurus organisasi dan mampu menjadi contoh kepada masyarakat.

Tambahnya, karnival ini memberi peluang kepada pesilat seluruh IPT untuk membentuk jaringan dan bertukar pandangan bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

"Ia juga mewujudkan perpaduan dan semangat berpasukan. 

"Selain menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan UiTM Jengka, Pahang muncul johan keseluruhan dengan meraih pingat emas bagi kategori putera dan puteri pada kejohanan itu.

Pingat Perak dimenangi pasukan Politeknik Ungku Omar Ipoh dan Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya bagi kategori putera dan puteri.

UIA Gombak dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak pula meraih pingat Gangsa pada kejohanan tersebut.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah.
 
 
Sumber: Utusan Malaysia, 7 Januari 2011 
Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

**********
 
Sebagai salah seorang ahli PSSCM UTP, aku nak ucapkan TAHNIAH kat skuad KWD PSSCM UTP untuk semua pencapaian. Tak kisah tempat yang ke berapa, tapi penyatuan hati tu yang penting. Semoga ukhuwah dan keakraban yang terjalin tu berkekalan hendaknya~ :)

Entry aku yang berkaitan dengan ni: Puas
Menang GA Wardah Ilmu! Yeay!
1/07/2011 10:41:00 AM | Author: eVy-D-YaNa
Semalam aku dah dikejutkan dengan satu berita ni. Aku dapat mesej ringkas kat shoutmix aku tu. Rupa-rupanya aku menang Giveaway Wardah Ilmu. Tempat pertama pulak tu! Keputusan tu bole tengok kat entry ni, Keputusan GA. Ni pulak entry penyertaan aku,  Wardah Ilmu First GiveAway. Siyes tak sangka beb! Pertama kali aku menang ni, memang terharu gila aku dapat first lak tu. ALHAMDU LILLAH~ :)
 
Tempat pertama - eVy-D-YaNa

Sebelum ni aku ada jugak gurau-gurau dengan tuan punya giveaway ni. Nama ktorg sama, cuma dah dikomersialkan, bak kata beliau. So, aku gurau la dengan dia, sebab nama ktorg sama, peluang aku nak menang tu kira tinggi la kan..hehe~ Masa ni main-main ja, tapi tak sangka pulak menang betol-betol. Eh tapi jangan silap, aku menang ni bukan sebab nama ktorg sama tau, sebab beliau guna random engine untuk pilih pemenang. Jadi semua peserta punya peluang nak menang tu sama k...


Ucapan untuk si tuan punya blog, kak Dieyna
terima kasih banyak-banyak untuk hadiah misteri tu. Eksaited pulak nak tunggu hadiah tu sampai! hehe~




Hari 19: Programming bukan dunia aku!
1/06/2011 10:18:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 6 Jan
Huk3...tajuk nak sedih ja kan...agak sedih jugak la sebenarnya. Hari ni bangun pagi-pagi dah rasa berat kepala, sakit tekak yang amat dan badan dah panas sikit. Pastu cakap ja dalam hati, "Oh no nak demam ke ni? Please3..be strong. Mana bole sakit time-time ni, tak sempat."   ^_^ Malas nak layan sakit-sakit ni, terus bangun siap2 nak pergi kerja. Nasib baik kat ofis tadi ok ja. Cuma rasa penat sikit.

Tengah hari lak, staf sebelah aku, si Suguna tu ajak aku pergi lunch kat luar. Ni kira kali pertama aku pergi makan kat luar sejak berada kat VADS ni. Dia ajak pergi makan kat satu kedai makan ni, Santai nama kedai tu. Ok la, not bad! Masakan Melayu. Tempat eksklusif sikit la daripada kedai-kedai makan biasa walaupun menu dia biasa ja. So, kos makanan kat situ pun agak tinggi sebenarnya. Aku makan koay teow kungfu...harga kat sini RM6. Kalau ikut tempat biasa yang aku selalu pergi dalam RM4 ja selalunya. Air limau nipis yang biasa tu pun kena caj RM2. KL..KL..


Koay Teow Kungfu kat Santai

Petang lak, kak Sham bawak aku pergi jumpa orang yang nak tolong aku untuk coding system aku ni. Aku tak berapa mahir sangat dan masih perlukan pertolongan bab-bab ni. Orang yang bakal tolong aku ni nama dia Steve. Dia ni kira programmer la. Orangnya OK2 la, cuma dia sangat teknikal bab-bab coding ni. Aku ni pulak kira basic amatur. So, macam sangat jargon ok cakap dengan dia. Banyak jugak benda yang dia explain aku tak tau pun selama ni...aduh. Sah2, dunia aku bukan programming! Korang pernah tak rasa sedih bila terpaksa buat sesuatu yang korang tak berapa faham dan mahir, tapi kena buat jugak? Kalau la aku dapat explain kan...huhu~ T_T
 
 
p/s: aw, fever of longing..no-no-no~ ^_^
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up 
19. Hari 18: Petak-petak
 
 
10 ALASAN lelaki perlu tamatkan zaman bujang
1/06/2011 12:54:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
10 ALASAN lelaki perlu tamatkan zaman bujang   

Kadang kala duit sudah cukup tetapi anda memilih mahu membujang. Pelbagai alasan didengari daripada lelaki bujang termasuklah belum bersedia, masih belum puas enjoy dan sebagainya. 10 fakta di bawah ni mungkin membantu membuka minda anda untuk berkahwin.  


1. Berkahwin menjadikan anda lelaki yang sempurna
Berkahwin bermakna anda sudah menyempurnakan sebahagian sunnah Rasulullah. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah "Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku." Tahukah anda, bila berkahwin, anda kelihatan begitu sempurna di mata ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi  jika anda memiliki isteri yang mampu menguji kematangan anda sebagai suami. Berbanggalah jika anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. 

2. Anda lebih bahagia
Satu kajian di sebuah universiti di Australia mendapati, lelaki yang berkahwin lebih bahagia dari mereka yang hidup membujang. Tahukah anda, kegembiraan itu mencakupi 135 peratus rasa bahagia dalam diri berbanding mereka yang hidup sendiri. 

Berkahwin juga bermakna juga ada yang menjaga makan minum anda, urusan rumah tangga lebih teratur dan sebagainya. Lebih penting, ada orang yang menyayangi anda seumur hidupnya bila anda juga menyayanginya.



3. Hubungan seksual lebih sempurna
Tahukah anda, dengan berkahwin, aktiviti seks anda akan lebih teratur. Anda boleh bercanda dengan isteri tanpa rasa takut. Malah dengan melakukan hubungan seksual, anda juga akan lebih tenang serta rasa cinta yang begitu mendalam kepada pasangan. 

4. Perkahwinan bermakna lebih hubungan seks
Satu kajian dari Institute Kinsey mendapati lelaki berkahwin melakukan hubungan seks bersama pasangan jauh lebih tinggi. Ini bermakna apabila berkahwin, anda lebih bahagia dan keinginan untuk bersama lebih memuncak berbanding mereka yang hidup membujang.

5. Kewangan lebih stabil
Jangan takut untuk mendirikan rumah tangga semata-mata bimbang duit tidak mencukupi. Jika ini pendapat anda, ia nyata salah kerana salah satu sebab perkahwinan adalah perkongsian dalam kehidupan. 

Perkongsian bermakna, bukan hanya duit anda saja yang keluar untuk membeli barang keperluan rumah dan sebagainya sebaliknya pasangan juga akan membantu. Kalau semasa bujang anda takut untuk membeli rumah yang mungkin mahal harganya, tetapi insyaAllah melalui rezeki yang ada pada pasangan, kewangan anda lebih stabil. 

6. Punya daya tarikan
Jangan kata apabila anda berkahwin, saham anda akan jatuh. Tulisan dari penulis terkenal, Justin Prugh dalam bukunya Why Do Single Women Like Taken Men mengatakan, lelaki berkahwin mempunyai satu daya tarikan yang tersendiri. 

Anda punya skil komunikasi yang baik dengan wanita dan ini membuatkan wanita bujang lebih senang mendekati. Tak percaya, cuba keluar bersama-sama rakan bujang di tempat yang anda sukai.

Sudah tentu anda akan menjadi tumpuan rakan wanita yang hadir di situ. Sekali pun punya daya tarikan tetapi jangan sesekali  menyalahgunakan untuk tujuan seksual kerana ia salah di sisi agama dan boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Belajarlah mendekati wanita, bila berkahwin, anda akan tahu segala-galanya tentang makhluk Allah yang satu ni. 



7. Berkahwin membentuk keluarga bahagia
Mungkin anda masih tidak nampak sebab-sebab mengapa anda harus berkahwin. Tahukah anda, bila anda berkahwin, bermakna anda menyambung legasi keturunan sendiri. Tiada orang yang boleh hidup bersendiri dan anda juga begitu. Tidak guna ada wang yang banyak atau pekerjaan yang baik sekiranya bila anda sudah tua, tiada siapa yang mahu menggunakannya kerana anda tiada zuriat. Berkahwinlah dan anda akan bahagia bila melihat anak-anak membesar di depan mata.

8. Kesihatan lebih terjaga
Ada di kalangan anda yang begitu mementingkan soal bentuk badan. Ditambah dengan mitos yang mengatakan perut akan menjadi boroi selepas berkahwin tetapi jika anda pandai menjaganya, anda masih mampu kelihatan segak. Cuba bayangkan, dalam usia 60 tahun, adakah anda masih segak dengan dada yang bidang? Fikir-fikirkanlah.

9. Berkongsi segala-galanya 
Berkahwin bermakna anda berkongsi segala-galanya dengan pasangan, baik susah dan senang. Anda bole bercerita kisah sedih, suka dan duka dan ni semua menjadikan kehidupan anda jauh lebih baik daripada hidup sendirian. Berkahwin juga bermakna kehidupan anda jauh lebih sempurna. Kehidupan rumah tangga yang bahagia, kereta yang bagus untuk kegunaan keluarga, serta mampu merancang percutian yang menarik dan sebagainya.

 

10. Rahsia umur lebih panjang
Satu kajian di kalangan 2006 penuntut University of California mendapati, lelaki bujang lebih cepat mati dengan pelbagai penyakit khususnya serangan jantung, kemalangan dan sebagainya berbanding mereka yang berkahwin kurang terdedah kepada risiko tersebut. 

Ini mungkin juga kerana ada isteri yang akan melarang anda menghisap rokok. Kala anda memandu laju, anak-anak akan berkata, tidakkah anda menyanyangi mereka dan sudah tentu anda akan memperlahankan kan kenderaan. Kalau anda bujang? Sudah tentu tiada siapa yang menegur. Jadi berkahwinlah untuk kebahagiaan anda di dunia dan akhirat.

 
 
 Sumber artikel: Majalah Mingguan Wanita, Bil. 1405, 22-28 Oktober 2010, Segmen Dunia Lelaki. 
(entry copy paste sebijik, saja nak share kat sini)

Sumber gambar: Google

Hari 18: Petak-petak
1/05/2011 11:00:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Aku, 5 Jan
Saja ja aku letak tajuk entry ni 'Petak-petak' sebab hari ni aku pergi VADS pakai baju petak-petak ungu ni. Well, hari ni macam biasa, buat kerja..takda apa yang lain pun berlaku hari ni. Tersangat la bosannya aku hari ni sampai aku rasa nak update blog ja. Bosan-bosan pun kena jugak buat kerja aku ni. Kalau tak siapa lagi yang nak tolong buatkan. 

Sesapa yang pernah buat programming mesti faham apa yang aku rasa ni, bila tak dapat nak compile sebab taktau nak fix error dia cam mana..mesti rasa macam nak baling ja laptop or nak hentak-hentak ja kepala dengan buku kan...heee~ Tak pun rasa macam nak rebus ja buku rujukan ni, minum supaya lebih lancar macam air nak tulis coding tanpa masalah...hehe..dah macam teori nak exam pulak benda ni... FYP oh FYP! ;P

Hari ni jugak aku dapat satu jemputan majlis kahwin daripada seorang staf kat VADS ni. Nama dia Suguna. Dia duduk kat sebelah aku. Rasanya aku dah pernah sebut pasal dia dalam entry awal2 dulu masa aku baru masuk VADS. Dia dah nak kahwin bulan Februari depan. Suguna ni orang Penang jugak, sama macam aku. Majlis dia ada satu kat Penang, tapi aku rasa macam tak dapat pergi pun. Sorry la Suguna. Ya la, masa tu aku ada kat UTP, mesti tengah tunggang-langgang nak siapkan FYP aku ni. Aku agak la, masa tu mesti masa-masa kritikal nak siapkan FYP..huhu~ chaiyok la!

kad kahwin Suguna


Dari tengah hari tadi aku dah rasa tak sedap badan. Rasa berat ja kepala aku dan tekak aku pun dah perit sikit-sikit, pada hal aku minum air hari ni dah 2 liter lebih. Balik rumah terus aku tido jap sebab badan memang tak larat habes. Bila tengok cermin lak, ah sudah mata dah mula merah. Kepala pun rasa berat ja. Adakah aku akan demam esok?? Kalo demam pun sebab apa kan? Bukannya aku kena hujan pun minggu ni...takkan demam sebab rindu pulak..haih~ sebab cuaca kot..
 
Mintak-mintak esok aku ok dan cergas la. Takmo demam-demam sebab aku ada perjumpaan penting dengan orang BPO Operations pasal sistem FYP aku ni. Kalau tak sihat, macam mana nak fokus kan...huhu~ Hope everything will be fine tomorrow~

Uh, hari ni dah hari ke-18, tinggal lebih kurang 10 hari ja lagi utk aku ada kat KL ni. huhu~

 
p/s: aw, lost contact kot, ish.  
 
 
Entry berkaitan sebelum ni:
1. KL...here I come!
2. Hari 1: Tempat baru, suasana baru 
3. Hari 2: Persediaan 
4. Hari 3: Mulanya di sini 
5. Hari 4: Pink dan Kuning 
6. Hari 5: Aku sangat suka nombor 23!
7. Hari 6: Informal
8. Hari 7: Gombak lagi.... :) 
9. Hari 8: Cari rumput jom!  
10. Hari 9: Takda apa2  
11. Hari 11: Bhgn I - Jalan-jalan UniTAR 
12. Hari11: Bhgn II - Happy Birthday abg Faiz!
13. Hari 12: Updet, updet... 
14. Hari 13: Cuti peristiwa, rumah meriah! 
15. Hari 14: Aku dan lontong 
16. Hari 15: Bubye Gombak, welcome back to KD :-| 
17. Hari 16: Cuti habis, takda mood lagi 
18. Hari 17: Gained up
 
 
Contest Foto Kiut ^_^
1/05/2011 10:45:00 PM | Author: eVy-D-YaNa
Join contest lagi...kali ni Contest Foto Kiut ^_^ lak. Aku memang suka la kalo melibatkan benda-benda yang cute & sweet. So, apa lagi...join la! Kalo korg nak join gak, bole klik sini.


banner contest
 
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Mesti la ade blog sendiri.  - done!
  2. Follow blog Ka-Ching Preloved & Lipat's Bundle. - done!
  3. Letak banner kat side bar dgn kat entri dan linkkan terus ke contest ni. - done!
  4. Buat entri simple tentang contest ni dan upload gambar yg PALING KIUT yg korang ade. Tak kesah la gambar adik ke, jiran ke, mak korang ke, ramai-ramai ke, diri sendiri ke...asalkan yg KIUT MIUT ^_^  - done! ada kat bawah tu haaa....
  5. Sape-sape pun boleh join.. Lelaki/Perempuan.
  6. TIADA had umur ^_^
  7. Tinggalkan link kat comment tau! - done!
Pemenang akan dinilai berdasarkan gambar yang PALING KIUT
Tarikh Tutup Penyertaan Pada
31hb Januari 2011


So, ni la gambar paling kiut miut yang aku rasa ada dalam simpanan aku buat masa ni. Gambar diri sendiri ja pun. Harap-harap menang la ek! hee~



Uh, yang sangat best pasal contest ni ialah kita takyah tag orang. So, takda la nak pening2 fikir nak tag sapa..hehe~ 



Related Posts with Thumbnails